Followers

Sunday, 18 November 2012

Selamat Datang ke MYMengajiRaudhah/RMR

4 Muharram 1434H

Bismillahirrahmanirrahim... Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh...

Salam pengenalan buat semua. Bermula dengan lembaran baru 1434H, MYMengajiRaudhah/RMR yang bernaung di bawah Raudhah Management and Resources (“RMR”) cuba mengembangkan sayap di arena Blog pula...

Sedikit pengenalan mengenai MY Mengaji Raudhah.

Pengasas:

Ustaz Mohamad Azrul bin Azizan

Setelah menjadi tenaga pengajar Al-Quran sambilan selama beberapa tahun, beliau telah mengorak langkah untuk menubuhkan RMR sebagai komitmen beliau dalam bidang pengajian Al-Quran. Beliau merupakan pemegang Diploma Pengajian Islam Al-Quran dan As-Sunnah dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan kini sedang melanjutkan pengajian di Kolej Universiti INSANIAH bagi Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Usuluddin.

Alhamdulillah, selepas mendapat restu dari ibu bapa tercinta, beliau dengan rasminya telah menubuhkan RMR pada tanggal 8 Disember 2011. 


Mendirikan rumahtangga bersama gadis pilihan, Ustazah Hujaj Asmat binti Mohd Yusof pada 9 Mac 2012. Merupakan antara tenaga pengajar utama di MYMengajiRaudhah/RMR.

Pengasas Bersama: 

Ustazah Hujaj Asmat Binti Mohd Yusof



Selepas menjadi tenaga pengajar sambilan, turut sama mengembleng tenaga dalam usaha menubuhkan RMR. Beliau juga pemegang Diploma Pengajian Islam Al-Quran dan As-Sunnah dari Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS).




Pejabat Urusan:

173B Taman Perindustrian Kristal 2,
Shahab Perdana,
05150 Alor Setar,
Kedah.

Telefon: 019-6766930 / 019-6766920

Emel: raudhahrmr@yahoo.com

Like Page kami di Facebook: MYmengajiRaudhah/RMR

Perkhidmatan yang ditawarkan:

Pengajian Al-Quran Tajwid dan subjek agama terus ke rumah dan pejabat anda atau belajar di pejabat kami.

-  Pilihan hari dan masa terpulang kepada anda. 

-  Pilihan tenaga pengajar samada Ustaz atau Ustazah.

Kami menyediakan perkhidmatan untuk semua lapisan usia (dewasa, remaja dan kanak-kanak), lelaki dan wanita untuk mendalami ilmu Al-Quran dan subjek agama.

Kami turut menawarkan tuisyen subjek agama di dalam peperiksaan SPM/ STAM/ SMRA/ SMU/ SMA dan lain-lain.

Harapan kami semoga usaha kecil ini dapat menambah ruang buat sesiapa yang mencari-cari tempat untuk menambah-baik ilmu pengajian Al-Quran Tajwid dan juga subjek agama yang lain.  

Sekian dulu buat kali ini. In Sha Allah berjumpa lagi di lain catatan.

Wassalam.


~ RMR
05150 Alor Setar  

No comments:

Post a Comment